Sabtu, 20 Agustus 2011

LAILATUL QADAR

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh
syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para
salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam
inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi
malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa
untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

>> Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
>> Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk
dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin
muslimat

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:
>> Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
>> Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'
>> Membaca Al-Quran
>> Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
>> Berdoa dan banyakkan membaca doa: Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"
>> Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil. Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan Jika awal puasa pada hari Isnin Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

=======================

=======================

Share and Sharing :: Mempunyai Artikel Menarik,kisah,cerita lucu,Atau Info Tentang Sekitar Dukuhjati,Kirimkan di kolom bawah ini
Name:
Email :
Alamat
Artikel
Berita/Info

This contact form was created by Freedback.