Jumat, 03 Februari 2012

Cinta,Sayang,Suka ataukah Minat


Kita tidak pernah terlepas dari perasaan untuk menyayangi dan disayangi sesama sendiri. Kita sebagai manusia memang dilahirkan dengan fitrah untuk berkasih sayang. Skop kasih sayang amatlah meluas. Bukan hanya kasih sayang bersama pasangan kekasih. Kasih sayang pada keluarga, kawan-kawan malahan kepada haiwan. dan artikel ini bincangkan isu antara cinta, sayang, suka dan minat. Adakah ia berbeda atau sama? Sudah tentulah berbeda kan. So, apakah beda antara cinta, sayang, suka dan minat ni?


Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia dan CINTA adalah merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan.Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.

Sayang..
Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.

Suka..
Suka adalah perasaan suka pada seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ini ceria  dengan canda dan tawa.Mungkin  Kita suka sebab sifat atau perilaku si dia yang ceria dan happy-go-lucky Dan Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin saja terus mau memiliki si dia secara halal. Tapi kalau kita gak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama. Kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah hati.
Bedanya antara suka dan cinta. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Minat..
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”

Tanpa adanya perasaaan minat, suka dan sayang.. Maka tidak akan terlahir perasaan CINTA pada seseorang itu kerana semua perasaan minat, suka dan sayang itu pelengkap kepada perasaaan cinta. Tepuk dada... tanya pada hati yang mana satu perasaan anda yang sebenarnya. Jangan terus keliru. Tapi walau sedalam mana pun sayang anda pada seseorang, sayangilah diri anda terlebih dulu. Ingatlah segala batasan dalam percintaan. Bertindak la seiring dengan akal bukan dengan hati dan perasaan semata-mata.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

=======================

=======================

Share and Sharing :: Mempunyai Artikel Menarik,kisah,cerita lucu,Atau Info Tentang Sekitar Dukuhjati,Kirimkan di kolom bawah ini
Name:
Email :
Alamat
Artikel
Berita/Info

This contact form was created by Freedback.