Minggu, 18 Desember 2011

Keyakinan diri pada Allah Swt


Memang mudah untuk mengatakan bahawa kita yakin pada diri sendiri. Tetapi sejauh mana kita meyakini diri kita terhadap sesuatu perkara seringkali tidak mencecah 100%. Masalah ini bukanlah wujud dalam diri anda seorang sahaja. Malah ia wujud hampir kepada setiap orang.

Saya suka cerita kungfu panda. Cerita yang memberi pengajaran terbaik di dalam membina keyakinan diri. Scroll Golden Warrior memberitahu kita bahawa untuk berjaya, kita kena yakin pada diri sendiri. Tetapi sebagai seorang islam, perkara utama adalah kita perlu yakin dengan Tuhan iaitu Allah.

Lalu persoalan baru wujud di mana bagaimana untuk kita Yakin dengan Allah 100%. Kita seringkali berkata kita yakin dengan Allah. Tetapi ramai cuma mengatakan yakin ketika dalam solat sahaja iaitu ketika mengucap di duduk antara dua sujud. Bagaimana di dalam aktiviti harian kita? Sejauh mana kita berdoa kepada Allah di dalam melakukan sesuatu perkara?


Sebagai contoh, di dalam kita melakukan internet biz, di dalam kita melakukan aktiviti marketing dan sebagainya, berapa ramai yang berdoa kepada Allah memohon agar apa yang kita lakukan akan berjaya dan mencapai apa yang kita inginkan. Berapa ramai yang berdoa agar Allah memurahkan rezeki kita ketika kita sedang melakukan? Bukankah kita dikehendaki mengingati Allah setiap saat.

Jika kita tidak berdoa, bukankah sebenarnya kita tidak yakin dengan Allah. Lalu bagaimana kita nak percaya pada diri sendiri sedangkan kita tidak pernah berdoa pada Allah agar kita yakin dengan diri sendiri. Berdoa agar Allah melapangkan hati kita dan memberi rahmat kepada kita.

Percayalah pada Allah dengan penuh keyakinan dan doalah kepadaNya agar kita sentiasa yakin dengan diri sendiri. InshaAllah kita akan mula yakin 100% dengan diri kita dan akhirnya kejayaan pasti datang.

Seandainya dirimu sedar dan rasa kehambaanmu dan ketuhanan Allah SWT, pasti kamu yakin pada Allah. Pasti. Sedar dan rasa bukan cetusan di fikiran. Tapi ia sebuah rasa yang tidak mampu kamu menidakkan walau dengan apa jua cara seandainya benar kamu sedar dan merasainya.

Agar diri sentiasa sedar dan rasa kehambaan diri dan ketuhanan Allah:
(Semua di bawah adalah kerja hati)
1. Kenal dan sedar Allah Yang Maha Meliputi. BUKAN SEKADAR TAHU. Tapi benar-benar RASA. Lalu pasti akan sedar dan sangat terasa Allah ini dekat. Allah ini Maha Besar. Allah ini Maha segala-galanya.
2. Komunikasi sentiasa dengan Allah apa yang difikirkan, apa yang dilakukan kerana dengan berkomunikasi dengan Allah, hati akan terasa keberadaan Allah sentiasa berada dekat.

Apabila kedua-dua ini diselesaikan, pasti akan sedar dan sentiasa rasa bertemu dengan Allah. Sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi.

Setelah sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi, pasti kita memahami aturan Allah. Lalu keyakinan pada Allah setiap hari meningkat dan terus meningkat tanpa menurun sedikit pun.

Kita akan faham benar dengan kehidupan ini kerana ketika kita sedar Allah dalam apa jua hal, kita tidak lagi protes pada Allah. Malah kita lebih yakin pada Allah kerana tahu yang terjadi saat  itu yang terbaik pada kita

Lalu kita akan mudah berserah. Menerima segala kehendak Allah. Dan kita akan faham tujuan hidup kita yang dikatakan untuk beribadah pada Allah.

Semua apa yang menimpa kita, kita lebih bersedia menerima dengan hati yang lapang. Tiada protes pada Allah. Tiada benci Allah, tiada resah, tiada gelisah.

Beribadah maknanya kita melakukan apa jua hal kerana Allah, atas nama Allah, atas nama wakil Allah. Inilah tujuan kita dijadikan.

Semoga ringkasan ini mampu menyelesaikan keyakinan kita pada Allah SWT justeru kita benar-benar berada dalam kehidupan hidup berTuhan yang sebenar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

=======================

=======================

Share and Sharing :: Mempunyai Artikel Menarik,kisah,cerita lucu,Atau Info Tentang Sekitar Dukuhjati,Kirimkan di kolom bawah ini
Name:
Email :
Alamat
Artikel
Berita/Info

This contact form was created by Freedback.