Inilah Cinta Yang sebenar-benarnya, Cinta yang didasarkan
atas keimanan dan ketaqwaan manusia, Cinta seorang hamba kepada Sang Maha
Pencipta, Cinta tanda syukur dan tiada kuasa selain kuasaNya, Cintakan Allah
adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta
yang luntur dan berakhir. Janganlah mencintai akan sesuatu terlalu berlebih
lebihan sehingga mengurangi cintamu kepada Allah. Mencintailah kamu kepadanya
dengan makna Kecintaanmu kepada Allah Yang Maha Pencipta dapat diartikan
memandang segala sesuatu karena Allah SWT semata sehingga apabila kamu
mencintai seseorang, cintailah dia dengan sebenar-benarnya karena Allah.
Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari
perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini.
Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap
cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah
melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?
Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya adalah fitrah
manusia sebagai makhluk allah yang diciptakan untuk bersujud, bersyukur dan
mengagungkan asma Allah, bahwa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah
SWT, atas karunia dan hidayahNya pulalah kita bisa hidup seperti sekarang ini,
bagaimana udara yang kita hirup untuk bernapas secara otomatis keluar dan
masuk, bagaimana mata kita bisa melihat keindahan dan alam dunia, pemberianNya
tidak bias dikukur dengan ukuran manusia, yang kesemuanya itu adalah bukti
tanda tanda kekuasanNya sehingga sepatutnyalah manusia bersyukur dengan
melaksanakan perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, mengungkapan rasa
cinta dengan memandang segala sesuatu karena Allah SWT sehingga manusia tidak
berlaku sombong dan jumawa atas harta, pangkat, kedudukannya dan tidak lupa
atas ni’matNya.
Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul
oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun
cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan
iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani
fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada
Allah.
Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh
umat Islam hari ini. Pertentangan antara cinta hakiki dan cinta palsu
menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta
palsu telah memapah umat Islam ke medan perpecahan yang memusnahkan etika
spritual-membunuh solidaritas dan menodai moral etika.
Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di
dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta
palsu yang penuh jijik dan dihina.
Menyadari hakikat ini, Faisal mencoba untuk mengurai makna
dan bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apalagi dalam
lapisan masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang
kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang
lebih menjurus kepada cinta zina yang bertemakan mainan perasaan yang sama
sekali terseleweng dari kehendak Islam.
Semoga Allah SWT memberikan ganjaran terhadap usaha yang
kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari doktrin barat yang hanya
akan menyesatkan fikiran.
Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah
agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang
tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang
menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui
pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :
1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan
manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada
Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta
kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa
yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas
di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang
mantap. Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang
mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka
mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;
sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…” (Surah
Al-Baqarah ayat : 165)
Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu
mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu
kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat
kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin
sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal.
Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan
pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu
berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat
lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap
orang-orang kafir…” (Surah Al-Maidah, ayat 54)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Anbiya’
Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu
kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada
manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa
begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak
sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah
menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim
memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan
inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing
sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah
dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan
RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah,
tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari
kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548
Nasaie : no. 4901)
Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan
Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita
memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah
meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh
dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang
demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW
tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan
pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta
sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah
mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah
merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah
bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya
tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi
palsu atau kata-kata palsu..”
(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)
Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya
agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah
untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih
menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya
dengan pesanan :
“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana
belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Israk, ayat 24)
Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga
meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah
perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa
dalamnya maksud firman Allah SWT :
“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang
yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang
(memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan
kasihan sesama sendiri (umat Islam)…
(Surah Al-Fath, ayat 29)
Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit
yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai
golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam
keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada
saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud
:
“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah)
serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri
mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang
telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga
mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,
sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”
(Surah Al-Hasyr, ayat 9)
Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di
tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini,
kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa
betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam?
Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan
Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian
cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah
diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari
dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk
diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar